Monday, December 28, 2009

my new gadgets

26 dec 2009, i brought some new gadget for my daily used. I brought a digital camera and a MP3 player. before I brought it, I do my research on that item. about a week I doing research for it. I write down the brand, model & spec. the brand that I choose were Olympus, Nikon, Panasonic & Canon. I reviewed and compared it. so, i got the best list for my selected digital camera. the interesting part was I reviewed them without taking the important part which is the price list. from my list, the spec of the digital camera are 5 optical zoom and above. huhuhu. my assumption for that brand was below RM500.00.

went to Digital Mall in the afternoon & going from a booth to another booth to compare the price. sadly, the price were above RM799.00. but the promoter suggested to me to buy the Samsung brand. from my knowledge, Samsung were not a digital camera producer. they more to microchip component. so, Samsung - rejeted!! he promote me the other 1 - Casio Ex. my small heart feel & my brain think about it. after keep asking, keep asking until the promoter can not answer well, i moved to other booth. 'she sold the same brand from the previous booth', told my small heart. a digital camera shop interest me to go in. melayu said - 'masuk saje2 je' - for gained knowledge.

the shop at level 3 at the corner in the Digital Mall. the promoter ask me, 'adik, mau brand apa?bajet berapa?. 'Olympus below RM500.00, bleh?', i asked him. 'mane ada maa.kalo ada pun RM799, mau ka?', he denied about it. 'x mau la. aku nak bwh RM500 je. ada x brand lain?', responed to him. 'emm Samsung la itu mcm. mau?', he suggested. 'lain?', i said. 'Panasonic ok. mari i tunjukkan kat u. compare lain, utk below RM500, ni yg best skali i bleh bg u.ok?', he prometed me the Panasonic Lumix FS6. he showed me the spec of that digital camera. the stabilizer, megapixel, & the interesting part that interest me for that digital camera was the inteligent focus. read it at this web site for more info.



http://www.dpreview.com/news/0901/09011602panasonicdmcfs7fs6.asp


2GB Sony Walkman..i brought for my youngest brother who got the best in PMR. he got 8As. so, i must pay my promised to him. so i brought this gadget for him..

total lost for today was in average RM650.00..

Friday, June 5, 2009

graduation friend forever



"Graduation (Friends Forever)"





And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

[1]
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

[Repeat 1]

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

[Repeat 1 (3x)]



Friday, March 20, 2009

Perbanyak zikir elak budaya suka mengumpat






MENGUMPAT bermaksud bercerita serta menyatakan keburukan atau kekurangan individu kepada orang lain, sama ada dengan nama pelakunya atau individu terbabit memang dikenali orang yang mendengarnya. Mengumpat sememangnya boleh berlaku sama ada ia disedari orang yang melakukannya atau sebaliknya.






Rasulullah menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yang bermaksud, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).






Memandangkan buruk dan hinanya sikap mengumpat ini, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama sendiri bagi seseorang yang melakukannya. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu lazim berlaku dalam kehidupan seharian.










Hakikat inilah yang perlu direnungkan kita semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain selalunya akan mendedahkan keaiban diri seseorang individu. Perlu diingat seseorang yang membuka keaiban rakan atau seseorang lain akan didedahkan segala keaiban mereka pula di hari akhirat kelak.



Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).



Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.



Sabda Rasulullah bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.



Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".



Jika pahala orang mengumpat tidak ada lagi diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang yang mengumpat adalah golongan manusia muflis di akhirat nanti.



Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:





  • Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.


  • Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.


  • Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.


Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:





  • Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;


  • Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;


  • Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;


  • Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;


  • Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan


  • Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.


Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya iaitu, harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar; insaf dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.



Perlu diingatkan ada beberapa kelakuan yang tidak dikatakan sebagai umpatan bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan.



Maka isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim. Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim. Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel juga bukanlah bersifat umpatan kerana ia terlalu umum demi membentuk naratif sebuah cerita dan kisah hidup sebagai teladan khalayak umum.



sumber : Wan Marzuki Wan Ramli

*semua gmbr adalah ilustrasi semata-mata

Thursday, March 12, 2009

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’




Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.


Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.


Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.


Ciri khas individu jenis darah A:



  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging

  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak

  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga

  • Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:


Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat


Snek: Jus anggur / kopi


Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba


Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau


Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Untuk sihat dan elak gemuk: Diet ikut kumpulan darah?


Saya mengikuti satu rancangan TV berkaitan kesihatan. Perbincangannya berkenaan dengan diet mengikut kumpulan darah. Menurut pakar yang ditemuramah, untuk mengekalkan kesihatan, mengelakkan penyakit dan kegemukan, diet seseorang itu perlu mengikut kumpulan darah. Maknanya setiap orang elok banyak makan makanan berbeza mengikut kumpulan darah sama ada O, A, B atau AB.

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo dan dihuraikan dalam bukunya “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun.

Mengikut teori Dr. Adamo, kami dinasihatkan seperti berikut:


  • lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang
  • menghindari produk susu dan gandum.
  • menghadkan pengambilan buah-buahan.
  • menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
  • jenis makanan yang juga perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
  • telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
  • Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

nafkah


Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajiban orang tua memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak sehingga anak itu boleh berdikari.
Firman Allah swt:“Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka”.(Surah At-Talak : 6)
Dalam ayat yang lain Allah swt menerangkan:“Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajiban demikian”.(Surah Al-Baqarah : 233)
Dari sebuah hadith yang diterangkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:“Hindun pernah bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya”. Kemudian Rasulullah saw menjawab: “Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf”.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seseorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:
1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehinga ia ada pekerjaan.
2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
3. Bapa itu mampu memberi nafkah.Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi nafkah untuk anak itu. Begitu juga jika anak itu mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya.
Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha.Kadangkala terdapat sepasang suami isteri mengambil anak angkat. Persoalan yang timbul ialah kedudukan nafkah anak angkat jika ibu bapa angkat itu bercerai.
Yang Arif Pemangku Kadi Besar Wilayah Persekutuan Haji Yahya bin Darus (pada masa itu) ketika memutuskan kes Rokiah lwn Mohamed Idris (1986, Jld. VI, 2 J.H.) menyatakan anak angkat tidak berhak mendapat nafkah dengan alasan firman Allah swt:
“Panggillah nama-nama mereka, anak-anak angkat itu dengan panggilan bapa-bapa mereka itu adalah lebih baik di sisi Allah”.(Surah Al-Ahzab : 5)
Dengan bertukar binnya itu bererti tidak tertanggunglah ke atas bapa angkat nafkah itu. Walau bagaimanpun dalam kes Rosnah lwn Ibrahim (1979, Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan anak angkat berhak mendapat nafkah daripada bapa angkatnya selepas perceraian ibu bapa angkat itu kerana anak angkat itu diambil dengan persetujuan ibu bapa angkat itu. Anak angkat itu diambil ketika berumur satu hari.

Usah ungkit kebaikan dibuat.

Usah ungkit kebaikan dibuat.
ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.
Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita. Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.
Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.
Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."
Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.
1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat. Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan. Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api." Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.
4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain. Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."
Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.
Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Pertemuan dan Perpisahan

Pertemuan dan Perpisahan

Pertemuan dan perpisahan setiap orang akan mengalaminya
Cuma masa yang dapat dihitung dan hanyaAllah yang mengetahuinya
Kita hanya boleh merancangdan bersyukur ke hadrat Ilahi diatas segala dugaan yang diturunkan oleh Allah

Pertemuan menggamit suka dan duka
Menyatukan dua jiwa yang terpisah setelah sekian lama
pertemuan jugalah mengakhiri perpisahan

Perpisahan mengajar erti hidup sebenar juga mengajar berdikari
yang sebelum ini hanya mengharapkan seseorang yang amat disayangi dan dipercayai
namun perpisahan mengajar aku erti jati diri
yang telah lama hilang mengikut arus yang serba moden lagi canggih

Apakah semua ini dugaan atau cabaran
yang diturunkan pada hambamu yang lemah dan serba kekurangan
namun hanya tuhan saja yang tahu
namun aku bersyukur diatas segala pertemuan dan perpisahan yang diturunkan Allah

peRibaHasa MiLLeNiUm

Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai -pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua. Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro! !!!

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano <-- Klassik siak!
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Thursday, March 5, 2009

panadol




rahman : knp ko masukkn panadol dlm kopi ko tu?

adi : kopi ni panas, aku bg panadol, kurang la ckit panas dia!
hahahaha










makan-makan dpt duit

sape ada pernah trdengar ttg makan2 dpt duit? emm ni 1 organisasi yg tgh brkembang pesat skrng...sape nak join, jom la...senang je...RM360..RM60 utk register, RM300 utk duit mkn..dpt kat diri sndri la bro...bkn lesap pun duit tu...huhuhu...tmpt mkn mewah lak tu...best2...jom la join!!!

blur

aku blur sekejap...aku trfikir knp ada org sanggup mntk cuti utk wat keje penting tp dia x wat pun..dok rilex 1 hari...tggu org lain watkan...apelah salahnye dia try & error bahan yg dia nak edit tu...emm nak kata xtau wat, dia tau wat...kalo aku wat cara aku, dia xnak la plak...nak mcm ni la, mcm tu la...ntah la...aku pun xphm...xpe la, jnji aku hepi dgn keje aku...lantak la ape dia nak ngumpat ttg aku...

test

aku cuma nak test je dlu.mane la tau xjd ke..huhuh