Sunday, March 20, 2011

Elak riak dalam ibadat

SEGALA amalan yang kita lakukan termasuk solat, membaca al-Quran, berzakat, menolong orang susah dan belajar perlu diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat kita bercampur dengan perasaan riak, mahu dipuji, kerana pangkat, mengharapkan habuan tertentu bermakna kita sudah tersasar daripada reda dalam mentaati Allah.

Kita berniaga tetapi sering lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat, mengeluarkan zakat jadi semua itu perkara sia-sia. Ia tidak tidak dikira ibadat kerana tidak memenuhi maksud sebenar beribadat kerana Allah.

Perasaan riak juga boleh menjadikan amalan kita menjadi sia-sia. Malah, perkara itu seperti menipu diri sendiri, dan mengotorkan jiwa.

Allah sangat murka pada mereka yang hidupnya menunjuk-nunjuk, mengampu dan mengambil kesempatan hakikatnya tidak dapat bertahan lama, lambat-laun tembelangnya pecah juga.
Rasulullah menyatakan, riak termasuk dalam kategori syirik seperti sabdanya yang bermaksud:

“Yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab Baginda, ia adalah riak.”

Pengertian riak adalah beramal kerana manusia dan bukannya kerana Allah. Ada manusia yang diselubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain.

Baginda bersabda maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.”

Makna ikhlas merujuk kepada sesuatu perbuatan dan tanggungjawab dengan kesengajaan hanya kerana Allah, tidak bermuka-muka dan tidak mengharapkan pujian manusia.

Dalam budaya kerja, ikhlas adalah melakukan tugas kerana menunaikan tanggungjawab tanpa mengampu atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Sering kali makna kerana Allah kabur dan tidak jelas. Niat kerana Allah juga bermakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sentiasa bersama.

Bagaimanakah perasaan seorang pekerja apabila kerjanya diperhatikan majikannya? Sudah tentu dia buat dengan sungguh-sungguh iaitu penuh dengan kualiti.

Orang Islam sepatutnya lebih cemerlang daripada bukan Muslim kerana mereka terikat dengan peraturan pejabat dan tuntutan budaya kerja cemerlang yang disarankan Islam.

Berikut adalah petanda yang menjadi ukuran sebenar keikhlasan supaya dapat menjauhkan diri daripada bersifat riak antaranya:

l Tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri.



•Tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri.


•Bekerja senyap jauh daripada sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanah tanpa orang nampak.


•Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji. Mengucap tahniah kepada mereka yang wajar dihargai jasanya. Dalam konteks ini manusia selalu berhadapan dengan dua kelemahan. Pertama, memuji dan memuja orang yang tidak berhak. Kedua, tidak menghargai dan memuji orang yang patut dipuji. Rasulullah walaupun manusia yang paling sempurna tidak lokek memuji Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali.


•Bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau sebagai pengikut seperti kisah Khalid al-Walid.


•Gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan dan kepakaran tanpa diganggu-gugat, dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.


•Sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah bukan kerana manusia. Jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas.

Justeru, keikhlasan hati itu menjadi pedoman kepada seseorang dalam melakukan apa saja pekerjaan. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan sudah pasti hatinya tidak mudah patah atau putus harapan sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.

Friday, March 18, 2011

ANDAI LA AWAK TAHU....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Hantaran Kahwin : Jangan Buat Gila



SEBELAS dulang berbalas 15 termasuk jam tangan Tag Heuer, kasut Stuart Weitzman atau paling tidak telefon bimbit terkini Nokia. Dewan meraikan pengantin dihadiri 1,000 jemputan, manakala kompang bergema mengiring mempelai bak Raja naik takhta.

Ada pertunjukan slaid mengiring jamuan makanan. Bercerita mengenai pertemuan pertama mempelai, kelulusan si pengantin dan pekerjaannya. Paling lucu, disebut juga perkahwinan itu dilangsungkan dengan wang hantaran RM bla bla bla..

Setuju atau tidak, itulah warna warni perkahwinan orang Melayu dewasa ini. Segala-galanya mengenai status dan memancing kekaguman tetamu kepada pengantin dan keluarga. Alasannya, berkahwin sekali saja dalam hidup. Justeru, segala-galanya mesti hebat walaupun selepas majlis, pengantin dihambat hutang keliling pinggang.
Take a look..



Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Pasaran Terkini dan Status Pelajaran Seluruh Semenanjung

UPSR, PMR/SRP : RM1000-RM3000

SPM : RM3000-RM8000

STPM/DIPLOMA : RM8000-RM12000

DEGREE : RM12000-RM15000

2ND DEGREE/MASTER : RM15000-RM20000

PHD : RM20000-RM30000

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.

MISKIN TEGAR : RM500-RM1000

MISKIN : RM1000-RM3000

SEDERHANA MISKIN : RM3000-RM6000

SEDERHANA : RM6000-RM10000

SEDERHANA KAYA : RM10000-RM15000

KAYA : RM15000-RM20000

SANGAT KAYA : RM20000-RM50000

JUTAWAN : RM50000-RM100000

(Semua nilai berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor)



Wokeh, untuk kaum lelaki. Mau tak mau korang tengok nilai ni gak kan? Ijazah sampai lima belas ribu. Kalau ikut status pendapatan lagi entah macam mana lah. Tu baru duit hantaran. Cuba kira duit untuk kenduri-kendara yang secara puratanya di nilai dalam lingkungan RM10000 untuk kenduri kecil, tumbang sekor lembu, ayam 50ekor, masak-masak lain, khemah 2 pasang, siap pelamin biasa-biasa, mak andam, duit sewa DJ, upah kendarat, dan lain-lain yang menjadikan jumlah sekurang-kurangnya nak dekat TIGA PULUH RIBU RINGGIT untuk majlis kahwin kebiasaan anak gadis yang BERIJAZAH

Soalannya, RM30000 bolehkah dikumpul dalam tempoh 3-4tahun? Tak? Mungkin boleh, tapi seksa. Jadi, memudahkan jalan. Pinjam Bank Rakyat. Kalau yang kerja kerajaan, pinjam Kerajaan lah.

Kadang-kala, kita terfikir. Nilai ni macam nak jual anak ke? Orang muda macam kita memang akan fikir macam tu. Tapi beb, inilah realiti. Ya, memanglah ada saja orang yang boleh buat hantaran murah. Kalau yang ada tu memang kita respek lah. Namun, berapa ketul lah sangat nak jumpa orang macam tu? Dalam seribu pun payah.



So, berhadapan lah dengan realiti. Melainkan kalau mulut manis boleh slow-talk dengan bakal mentua. Tapi, jangan berharap. Bukan senang hendak mengubah mind-set orang-orang tua walaupun mak bapak sendiri. Ini fakta.

Yang peliknya, kalau nak kahwin sebab cinta, pandai pulak cakap cinta itu tak ternilai. Tiba masa, ehhhh siap ambil kalkulator kira satu-satu berapa sen sangat cinta itu di bandingkan majlis kahwin grand-grand, ala-ala Era Fazira.

Saturday, January 29, 2011

PERKARA ASAS DALAM SOLAT

KEDUDUKANNYA DALAM AGAMA ISLAM

i. Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah SA W.

“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”



ii. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan keatas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala amalan yang lain”



iii. Meninggalkan solat akan mebawa kepada kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa yang meninggalkcm solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur

yang nyata dan jelas ‘:



“ Batas pemisahan antara seseorang itu dengan kufur ialah meninggalkan Solat ‘:

Imam-Imam mazhab berpendapat bahawa ‘orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh setelah disuruh bertaubat dan menunaikan solat tapi masih engkar.



Oleh itu setiap muslim wajib menunaikan solat dengan betul dan tepat berkait dengan rukun dan syarat-syaratnya, sah batalnya, muafiq masbuqnya, syarat dan peraturan menjadi imam dan makmum dan lain-lain. Kegagalan mereka menepatinya boleh mengakibatkan sembahyang mereka tidak sah atau tidak diterima oleh Allah S.W.t.

Di antara salah satu syarat sah solat ialah mengetahui kaifiat (cara) sembahyang dari segi rukun syarat, sunat wajib dan sebagainya. Kegagalan membezakan perkara sunat dan wajib sahaja pun, boleh menyebabkan solat terbatal atau tidak sah. Mengetahui kaifiat solat itu boleh diterjemahkan di dalam 6 perkara yang merupakan asas solat umpamanya.

1. Syarat wajib solat

2. Syarat sah solat

3. Rukun solat

4. Perkara Sunat dalam solat

5. Perkara Makruh dalam solat

6. Perkara yang Membatalkan solat



SYARAT WAJIB ( 5 PERKARA)


1. Islam

2. Beraqal

3. Baligh

4. Suci daripada Haid dan nifas

5. Masuk waktu




SYARAT SAH (9 PERKARA)


1. Islam

2. Beraqal

3. Suci dari hadas besar dan kecil

4. Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis yang tidak dimaafkan

5. Menutup aurat

6. Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’

7. Menghadap kiblat dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’

8. Mengetahui ‘kaifiat’ (cara) sembahyang

9. Meninggalkan perkara yang membatalkan sembahyang




RUKUN (13 perkara)


1. Niat ( 3 syarat )


i. Tempatnya di dalam hati (sunat dilofazkan dengan lidah)

ii. Masanya ialah ketika mulut menyebut (Allahuakbar ) dalam (Takbiratul Ihram )

iii. Ada muqaranah ( ) dalam Takbiratul Ihram ( ):



a. Ada Qasad, Taarudh, Taayin, Taayin Nafsih - solat Jumaat & Qasar

b. Qasad, Taarudh, Taayin - solat Fardhu biasa

c. Qasad, Taayin - solat Sunat berwaktu/bersebab

d. Qasad - solat Sunat mutlak




2. Takbiratul Ihram ( ) - ( 21 syarat)

1. Dengan Bahasa Arab

2. Dengan lafaz 'Allah' ( )

3. Dengan lafaz 'Akbar' ( )

4. Dengan tertib sebutan dua kalimah tersebut (Allah dan Akbar)

5. Ketika berdiri ( bagi Solat Fardhu )

6. Tiada dimadkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Allah'

7. Tiada digugurkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Akbar'

8. Tiada dimadkan huruf ( ) pada lafaz 'Akbar'

9. Tiada men'tasydid'kan mana-mana huruf yang tidak bertasydid

10.Tiada menambah wau (J ) yang sakin (mati) I berberis antara duo kalimah

11.Tiada wau ( ) dahului daripada lafaz Allah ( )

12.Tiada menukar sebutan huruf Hamzah ( ) pada kalimah Akbar dengan huruf Wau ( )

13.Tiada menukar sebutan huruf Kaf ( ) pada kalimah 'Akbar' dengan huruf Hamzah ( )

14.Tiada memanjang hukum mad pada kalimah 'Allah' melebihi 14 harakat

15 Tiada diam yang panjang antara 2 kalimah itu lebih dari kadar masa bernafas

16. Atau diam yang pendek tetapi diqasadkan dengan memutuskan Takbiratul Ihram itu

17. Sebutannya dapat didengar oleh dirinya dengan sekalian hurufnya

18. Dimulakan setelah yakin/dzan sudah masuk waktu

19. Dalam keadaan mengadap kiblat

20. Ditakbirkannya kemudian daripada takbir Imam bagi Makmum

21. Tiada memalingkannya daripada Takbiratul Ihram kepada takbir yang lain daripadanya



3. Qiam ( ) -berdiri betul ( 3 syarat)

1. Disyaratkan bagi sembahyang Fardhu

2. Disyaratkan bagi yang mereka yang berkuasa berdiri.

3. Membetulkan belakang sekadar berkuasa dalam qiam.



4. Membaca AI Fatihah ( 11 syarat)

1. Dibaca dengan bahasa Arab

2. Dengan tertib antara segala kalimah

3. Dengan mualat padanya ( kalimah )

4. Memelihara akan segala hurufnya ( 141 huruf ) - tidak mengurangkan atau menambah hurufnya

5. Memelihara segala tasydid ( 14 tasydid ) - tidak mengurangkan atau menambah tasydidnya

6. Tiada diam yang panjang dengan tiada uzur - lebih kadar bernafas atau diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan

7. Tiada kesilapan atau 'lahn ( ) yang boleh mencederakan maknanya mengikut Bahasa Arab

8. Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya (spt duduk dsb) ketika dalam keadaan uzur

9. Dapat diperdengarkan pada dirinya sekelian hurufnya

10.Tiada diselangi antara segala kalimahnya oleh zikir ajnabi (asing) yang tiada hubungan dengannya

11.Membaca semua ayatnya termasuk Bismillah pada setiap rakaat kecuali makmum yang masbuq


5. Rukuk (4 syarat)

1. Selepas tamam (sempurna ) Fatihah ( bagi lain daripada masbuq )

2. Tunduk ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan ke lutut

3. Tunduk dengan niat rukuk

4. Tama’ ninah dalam rukuk (sekadar masa menyebut Subhanallah)



6. I’tidal ( ) ( 5 syarat )

1. Selepas tamam (sempurna) rukuk

2. Bangkit kembali (qiam) ke tempat asal sebelum rukuk

3. Bangkit dengan niat i’ tidal

4. Tidak melebihkannya lebih dari qadar masa membaca Fatihah

5. Tama’ ninah



7. Sujud (8 syarat)

1. Selepas tamam (sempurna ) i’tidal

2. Menghantarkan 7 anggotanya ke tempat sujud

iaitu dua belah tapak tangan/perut anak jari, dua kaki, dua lutut dan dahi

3. Terbuka dahinya

4. Ditekan kepala ke tempat sujud

5. Tidak niat lain dari sujud

6. Tidak sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya - yang bergerak dengan geraknya

7. Meninggikan punggung dari kepalanya

8. Tama’ ninah



8. Duduk antara dua sujud (5 syarat )

1. Selepas tamam (sempurna ) sujud pertama

2. Tidak diqasadkan bangkit itu selain daripada untuk duduk antara dua sujud

3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya

4. Tiada memanjangkannya lebih dari kadar masa sekurang-kurang tahiyyat

5. Tama’ ninah


9. Duduk Tahiyyat Akhir ( 3 syarat)

1. Selepas tamam sujud terakhir

2. Tidak diqasadkan bangkit itu kecuali untuk duduk tahiyyat akhir

3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya


10. Membaca Tahiyyat Akhir (8 syarat)

1. Memelihara akan sekelian hurufnya dari gugur

2. Memelihara akan segala tasydidnya

3. Tidak bertukar huruf-hurufnya itu dengan huruf yang lain

4. Tidak ada kesilapan sebutan yang boleh mengubah makna

5. Dapat didengar oleh telinga sendiri

6. Dibaca dalam bahasa Arab

7. Muwalat segala kalimahnya

8. Dibaca dalam keadaan duduk



11. Membaca Selawat Nabi s. a. w. dalam Tahiyyat Akhir (4 syarat)

1. Dibaca dalam Bahasa Arab

2. Dengan lafaz Muhammad s.a.w.

3. Memadai dengan ‘Rasulnya’ atau ‘Nabi’

4. Dapat didengar oleh telinga sendiri


12. Memberi Salam (11 syarat)

1. Diberi salam itu dalam Bahasa Arab

2. Ditakrif dengan Alif dan Lam ( JI )

3. Dengan khitab jamak ( )

4. Dengan mim jamak ( )

5. Memperdengarkan sekelian huruf kepada dirinya

6. Berturut-turut segala kalimahnya

7. Tiada qasad lain daripada salam

8. Ketika duduk atau gantinya

9. Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir

10.Tidak menambah sesuatu huruf / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat

11.Tidak mengurangkan sesuatu hurut / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat



13. Tertib



PERKARA-PERKARA SUNAT (2 perkara)

1. Sunat Ab'adh (8 perkara)

1. Membaca Tahiyyat Awal

2. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Awal

3. Membaca Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Akhir

4. Duduk bagi membaca Tahiyyat Awal

5. Berdiri membaca qunut di dalam Solat Subuh

6. Membaca qunut

7. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut

8. Membaca Salam ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut



2. Sunat Hai’ah

1. Mengangkat kedua tangan ketika Tabiratul Ihram, ketika rukuk, iktidal dan bangkit dari Tahiyyat Awal

2. Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri ketika qiam

3. Memandang tempat sujud sahaja kecuali ke jari telunjuk ketika menyebut dalam Tahiyyat Awal

4. Membaca doa Iftitah

5. Membaca 'Auzubillah sebelum AI Fatihah

6. Diam seketika sebelum dan sesudah sesuatu bacaan

7. Membaca Amin sehabis AI Fatihah dengan nyaring atau perlahan menurut masanya

8. Membaca sebarang ayat atau surah sesudah AI Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua

9. Memanjangkan ayat rakaat pertama lebih dari rakaat kedua

10.Menyaringkan bacaan dalam solat Subuh, Hari Raya, Terawih, witir dan 2 rakaat pertama Maghrib serta Isya

11.Membaca takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain kecuali ketika iktidal

12.Meletakkan tapak tangan di atas lutut ketika rukuk

13.Menjarangkan jari-jari serta mengadapkannya ke arah kiblat

14.Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud

15.Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika sujud

16.Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal ketika sujud

17.Membaca doa hingga seterusnya ketika duduk antara 2 sujud

18.Duduk bersimpuh (iftirasy) kecuali ketika duduk Tahiyyat Akhir

19.Duduk istirehah sebelum qiam untuk ke rakaat yang ke 2

20.Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam

21.Memberi salam ke kiri

22.Berpaling hingga kelihatan pipi orang di sisinya sewaktu memberi salam ke kiri dan kanan



5. PERKARA-PERKARA MAKRUH

1. Berpaling muka kanan atau kiri

2. Berdiri di atas sebelah kaki

3. Mendahulukan sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki

4. Menyimpul rambut, kain, serban, menyingsing lengan tangan baju

5. Berludah dalam sembahyang atau di luar sembahyang ke hadapan kiblat

6. Merendahkan kepala dari punggung ketika rukuk

7. Menahan diri dari qada’ hajat besar atau kecil

8. Bersolat ketika makanan sudah terhidang yang sekira-kira ianya boleh mengganggu kekhusyukan

9. Meninggalkan bacaan surah dua rakaat pertama

10.Memanjangkan masa istirehat lebih dari duduk antara dua sujud

11.Bersandar kepada sesuatu yang sekira-kira jatuh ia dengan jatuhnya tempat bersandar itu

12.Melanjutkan tasyahud awal dan membaca doa

13.Meninggalkan doc dalam tasyahud akhir

14.Membiarkan tempat kosong di dalam sat di hadapannya

15.Berdiri seorang diri di luar saf ketika solat berjemaah

16.Tempat solat makmum lebih tinggi dari imam

17.Sembahyang dalam bilik mandi

18.Sembahyang di tempat sembelihan

19.Sembahyang di dalam gereja

20.Sembahyang dalam kandang haiwar.

21.Sembahyang di tanah perkuburan

22.Sembahyang di etas Kaabah

23.Sembahyang di tempat tawaf

24.Sembahyang di laluan orang ramai

25.Mendongak ke langit

26.Mengadap tempat yang bertulis clan bergambar

27.Mengadap atau bertentang muka dengan manusia

28.Ketika terlalu mengantuk

29.Menguap’- apabila menguap sunat menahan diri sekadar berkuasa

30.Menutup mulut kecuali menutupnya ketika terpaksa menguap



6. PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN SEMBAHYANG (21 PERKARA)

1. Berkata-kata dengan sengaja dengan 2 huruf atau hanya dengan 1 huruf yang memberi faham
2. Bergerak-gerak lebih dari 2 kali berturut-turut

3. Kedatangan hadas kecil atau besar

4. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan

5. Syak pada niat atau takbiratul ihram

6. Syak pada satu-satu syarat solat dan berkekalan pada syak itu

7. Syak pada apa sembahyang yang diniatkan

8. Niat hendak memutuskan solatnya

9. Digantungkan memutuskan solatnya dengan sesuatu

10.Mengubah solatnya kepada solat yang lain

11.Mengerjakan satu rukun feeli bukan pada tempatnya

12.Berpaling dada dari kiblat

13.Memberi salam bukan pada tempatnya

14.Terbuka aurat

15.Mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa seperti mengorek hidung dan lain - lain

... banyak lagi .....tak cukup lagi ni...



Kitab Rujukan
Hidayatus Sibyan

Tanwirul Qulub

Sabilal Muhtadin

Muniyatul Musolli

Sirus Salikin