Sunday, March 20, 2011

Elak riak dalam ibadat

SEGALA amalan yang kita lakukan termasuk solat, membaca al-Quran, berzakat, menolong orang susah dan belajar perlu diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat kita bercampur dengan perasaan riak, mahu dipuji, kerana pangkat, mengharapkan habuan tertentu bermakna kita sudah tersasar daripada reda dalam mentaati Allah.

Kita berniaga tetapi sering lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat, mengeluarkan zakat jadi semua itu perkara sia-sia. Ia tidak tidak dikira ibadat kerana tidak memenuhi maksud sebenar beribadat kerana Allah.

Perasaan riak juga boleh menjadikan amalan kita menjadi sia-sia. Malah, perkara itu seperti menipu diri sendiri, dan mengotorkan jiwa.

Allah sangat murka pada mereka yang hidupnya menunjuk-nunjuk, mengampu dan mengambil kesempatan hakikatnya tidak dapat bertahan lama, lambat-laun tembelangnya pecah juga.
Rasulullah menyatakan, riak termasuk dalam kategori syirik seperti sabdanya yang bermaksud:

“Yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab Baginda, ia adalah riak.”

Pengertian riak adalah beramal kerana manusia dan bukannya kerana Allah. Ada manusia yang diselubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain.

Baginda bersabda maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.”

Makna ikhlas merujuk kepada sesuatu perbuatan dan tanggungjawab dengan kesengajaan hanya kerana Allah, tidak bermuka-muka dan tidak mengharapkan pujian manusia.

Dalam budaya kerja, ikhlas adalah melakukan tugas kerana menunaikan tanggungjawab tanpa mengampu atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Sering kali makna kerana Allah kabur dan tidak jelas. Niat kerana Allah juga bermakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sentiasa bersama.

Bagaimanakah perasaan seorang pekerja apabila kerjanya diperhatikan majikannya? Sudah tentu dia buat dengan sungguh-sungguh iaitu penuh dengan kualiti.

Orang Islam sepatutnya lebih cemerlang daripada bukan Muslim kerana mereka terikat dengan peraturan pejabat dan tuntutan budaya kerja cemerlang yang disarankan Islam.

Berikut adalah petanda yang menjadi ukuran sebenar keikhlasan supaya dapat menjauhkan diri daripada bersifat riak antaranya:

l Tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri.



•Tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri.


•Bekerja senyap jauh daripada sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanah tanpa orang nampak.


•Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji. Mengucap tahniah kepada mereka yang wajar dihargai jasanya. Dalam konteks ini manusia selalu berhadapan dengan dua kelemahan. Pertama, memuji dan memuja orang yang tidak berhak. Kedua, tidak menghargai dan memuji orang yang patut dipuji. Rasulullah walaupun manusia yang paling sempurna tidak lokek memuji Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali.


•Bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau sebagai pengikut seperti kisah Khalid al-Walid.


•Gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan dan kepakaran tanpa diganggu-gugat, dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.


•Sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah bukan kerana manusia. Jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas.

Justeru, keikhlasan hati itu menjadi pedoman kepada seseorang dalam melakukan apa saja pekerjaan. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan sudah pasti hatinya tidak mudah patah atau putus harapan sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.

Friday, March 18, 2011

ANDAI LA AWAK TAHU....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Hantaran Kahwin : Jangan Buat Gila



SEBELAS dulang berbalas 15 termasuk jam tangan Tag Heuer, kasut Stuart Weitzman atau paling tidak telefon bimbit terkini Nokia. Dewan meraikan pengantin dihadiri 1,000 jemputan, manakala kompang bergema mengiring mempelai bak Raja naik takhta.

Ada pertunjukan slaid mengiring jamuan makanan. Bercerita mengenai pertemuan pertama mempelai, kelulusan si pengantin dan pekerjaannya. Paling lucu, disebut juga perkahwinan itu dilangsungkan dengan wang hantaran RM bla bla bla..

Setuju atau tidak, itulah warna warni perkahwinan orang Melayu dewasa ini. Segala-galanya mengenai status dan memancing kekaguman tetamu kepada pengantin dan keluarga. Alasannya, berkahwin sekali saja dalam hidup. Justeru, segala-galanya mesti hebat walaupun selepas majlis, pengantin dihambat hutang keliling pinggang.
Take a look..



Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Pasaran Terkini dan Status Pelajaran Seluruh Semenanjung

UPSR, PMR/SRP : RM1000-RM3000

SPM : RM3000-RM8000

STPM/DIPLOMA : RM8000-RM12000

DEGREE : RM12000-RM15000

2ND DEGREE/MASTER : RM15000-RM20000

PHD : RM20000-RM30000

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.

MISKIN TEGAR : RM500-RM1000

MISKIN : RM1000-RM3000

SEDERHANA MISKIN : RM3000-RM6000

SEDERHANA : RM6000-RM10000

SEDERHANA KAYA : RM10000-RM15000

KAYA : RM15000-RM20000

SANGAT KAYA : RM20000-RM50000

JUTAWAN : RM50000-RM100000

(Semua nilai berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor)



Wokeh, untuk kaum lelaki. Mau tak mau korang tengok nilai ni gak kan? Ijazah sampai lima belas ribu. Kalau ikut status pendapatan lagi entah macam mana lah. Tu baru duit hantaran. Cuba kira duit untuk kenduri-kendara yang secara puratanya di nilai dalam lingkungan RM10000 untuk kenduri kecil, tumbang sekor lembu, ayam 50ekor, masak-masak lain, khemah 2 pasang, siap pelamin biasa-biasa, mak andam, duit sewa DJ, upah kendarat, dan lain-lain yang menjadikan jumlah sekurang-kurangnya nak dekat TIGA PULUH RIBU RINGGIT untuk majlis kahwin kebiasaan anak gadis yang BERIJAZAH

Soalannya, RM30000 bolehkah dikumpul dalam tempoh 3-4tahun? Tak? Mungkin boleh, tapi seksa. Jadi, memudahkan jalan. Pinjam Bank Rakyat. Kalau yang kerja kerajaan, pinjam Kerajaan lah.

Kadang-kala, kita terfikir. Nilai ni macam nak jual anak ke? Orang muda macam kita memang akan fikir macam tu. Tapi beb, inilah realiti. Ya, memanglah ada saja orang yang boleh buat hantaran murah. Kalau yang ada tu memang kita respek lah. Namun, berapa ketul lah sangat nak jumpa orang macam tu? Dalam seribu pun payah.



So, berhadapan lah dengan realiti. Melainkan kalau mulut manis boleh slow-talk dengan bakal mentua. Tapi, jangan berharap. Bukan senang hendak mengubah mind-set orang-orang tua walaupun mak bapak sendiri. Ini fakta.

Yang peliknya, kalau nak kahwin sebab cinta, pandai pulak cakap cinta itu tak ternilai. Tiba masa, ehhhh siap ambil kalkulator kira satu-satu berapa sen sangat cinta itu di bandingkan majlis kahwin grand-grand, ala-ala Era Fazira.