Friday, December 31, 2010

Nostalgia generasi Sime Darby



Pertemuan semula selepas 100 tahun

APABILA menyebut nama Sime Darby Bhd, pasti ramai mengetahui syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta kemudahan ini.

Kewujudannya di Tanah Melayu yang ketika itu dijajah British, meninggalkan sejarah yang panjang. tahun demi tahun, dekad demi dekad, syarikat konglomerat ini membangun kukuh hingga tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Di sebalik kejayaan itu, mungkin ramai juga yang tidak tahu Sime Darby adalah hasil gabungan nama dua pengasasnya, William Middleton Sime dan Henry Darby. Namun, hanya selepas 100 tahun bertapak, generasi ketiga keluarga terbabit dipertemukan buat pertama kalinya, baru-baru ini sempena ulang tahun ke-100 syarikat berkenaan.

Penemuan yang membangkitkan nostalgia lama antara dua keluarga itu mendekatkan lagi hubungan kedua-dua keluarga. Lebih menarik, pertemuan bersejarah itu disertai balu kepada George Darby @ Bache Hassan (anak Henry Darby) iaitu Khadijah Hadi, yang buat pertama kalinya juga bertemu keluarga suaminya.

Generasi Sime diwakili Jeanett McComb (cucu Willian Middleton), ditemani sepupunya Sally Hunter, diterbangkan khas dari United Kingdom.

Mengimbau kembali kisah kasih antara Khadijah bersama anak lelaki tunggal Henry Darby, Khadijah bercerita, dia yang ketika itu berusia 29 tahun tertarik dengan sikap George yang cukup berpegang kepada agamanya sekali gus bertanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan keluarga.
“Untuk memutuskan perkahwinan antara saya dengan George bukanlah keputusan yang sukar dicapainya berikutan lelaki itu sedia menunjukkan kematangan dan ketegasan terhadap agama dan berpegang teguh kepada setiap tindakannya.

“Di samping sikapnya yang menawan hati saya, kehadiran anaknya yang memujuk saya untuk menerima bapa mereka juga melembutkan hati saya hingga akhirnya bersetuju hidup bersamanya,” katanya.

Tersenyum menggamit kembali kisah hidup bersama mendiang suami, katanya, selepas British menyerah kalah, George hilang pekerjaannya dan menyebabkan mereka terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki membesarkan anak.

“Masa itu, saya dengan George bercekang mata demi menyediakan persiapan keluarga. Kami menjual kuih-muih dari kampung ke kampung, jadi segala persiapan perlulah dilakukan seawal pagi. Berjimat cermat dengan setiap sen yang ada untuk simpanan masa depan anak.

“Tapi pengorbanan itu cukup bererti buat kami berdua, berkat usaha keras semua anak kini berjaya. Pengalaman yang cukup indah buat saya bersama mendiang apabila kami turut sama melunaskan tanggungjawab tanpa sebarang keluhan,” katanya dengan suara yang cukup lembut.

Khadijah ketika ditanya mengenai perasaannya berjumpa dengan semua ahli keluarga Darby dan Sime, berkata tidak terungkap gembira perasaannya selepas sekian lama ternanti-nanti saat indah itu.

“Sudah tentu hati berbunga dapat bertemu dengan hampir seluruh keluarga George termasuk anak dan keluarga hasil perkahwinan pertamanya dulu. Ikatan darah keluarga tak akan boleh dicincang dan sebagai seorang ibu, saya bersyukur terhadap perjumpaan ini. Bukan mudah untuk kami menjejaki semula keluarga dan rakan yang ada,” katanya tersenyum manis.

Sementara itu, menantu tiri yang duduk bersebelahan dengan Khadijah dalam penemuan itu, Omar Abu Bakar, 71, juga tidak ketinggalan menceritakan kisah pendek mengenai bagaimana dia sering dimanjakan oleh George sejak usianya lima tahun.

Omar berkahwin dengan Saerah Bache, turut berkongsi cerita mengenai kehidupan bapa mentuanya itu sehinggalah George meninggal pada 1984.

“Banyak pengalaman sudah dilalui dan masih jelas dikotak fikiran ini bagaimana bapa George, Henry Darby, juga dikenali sebagai Harrie Darby yang sedang berang membaling kasut bot kepadanya.

“Kemarahan tercetus apabila George memeluk Islam pada usianya tujuh tahun sekitar 1920. Ketika itu, dia sering dijaga oleh pemandu keluarganya, Karim.

“Sehingga usianya mencecah 15 tahun, George jarang menjamu di rumahnya kerana khuatir mengenai isu halal. Perkara itu membuatkan ayahnya berang hingga akhirnya mengugut akan menghalau dia keluar dari rumah, tapi perkara itu disambut baik olehnya,” katanya dengan nada yang cukup beraksi.

Ceritanya, sekitar 1930 Henry yang kecewa dengan kehilangan anak tunggalnya mengambil keputusan untuk mengembara dengan kapal namun diserang penyakit jantung dan akhirnya rebah.

George meneruskan perjalanan hidupnya bersama Karim dan berkahwin dengan anak tiri Karim, Jariah sekitar 1937. Daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak perempuan, termasuk Saerah, isteri saya.

Sementara itu, Jeanett McComb yang datang ke negara ini buat kali pertamanya sempena sambutan ke-100 itu berkata, dirinya langsung tidak menjangka syarikat konglomerat multinasional itu masih mengekalkan nama asal sedangkan bapanya sudah menjual semua saham dimiliki mereka.

Jelasnya, hasrat untuk meneliti lebih mendalam sejarah Sime Darby timbul selepas dia terbaca dokumen mengenai pembabitan mendiang bapanya John Middleton Sime dalam syarikat itu.

“Perkara yang paling menyentuh hati apabila mendapat tahu syarikat ini masih mengekalkan nama sama sedangkan keluarga kami sudah menjual seluruh saham yang ada apabila Malaysia bebas dari penjajahan dulu.

“Kemudian, saya mendapat tahu Sime Darby bakal menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini dan saya bertekad menghantar surat kepada mereka. membuatkan saya bertekad untuk terus menghantar surat kepada pihak terbabit. Selepas beberapa tahun, akhirnya surat itu berbalas.

“Dalam masa sama, saya bersama anak buah terus berusaha mencari sejarah salasilah keluarga Darby dan kami mendapat tahu mereka masih tinggal di Melaka dan inilah hasilnya, Kami dua keluarga dapat bertemu dan saling mengenali,” katanya dengan nada yang cukup gembira.

Menceritakan mengenai sejarah keluarga Sime, Jeanett berkata, selepas datuknya, Willian Middleton pulang ke Scotland bersama isteri dan anak-anaknya, termasuk ibu Jeanett, mereka mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang sebelum datuknya menghembuskan nafas terakhir sekitar 1943.

Sebelum itu, ayah saya bekerja di Shaw Darby, London, yang kemudiannya ditukar pada Sime Darby apabila dua syarikat bergabung pada 1926.

Katanya, ayahnya iaitu John Middleton Sime kemudian ditugaskan ke Bangladesh bagi menguruskan ladang teh Chinchula sebelum membuat keputusan untuk pulang dan bertapak di Scotland.

“Ketika menguruskan ladang teh Chinchula, ayah diminta untuk menyertai askar di sana memandangkan perang sedang berlaku dan ayah terus mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland bagi membantu nenek menguruskan ladang,” katanya menamatkan kisah sejarah keluarganya.


INFO: Sime Darby
•Pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah dan diperah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini kemudiannya beralih pada kelapa sawit, koko dan pelbagai sektor lain.

William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun adalah pengembara dari Scotland dan terbabit dalam perniagaan import eksport serta ladang kopi. Henry Darby pula berusia 50-an dan ahli perbankan. Beliau memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu.

Thursday, December 30, 2010

Antara Cinta & Penimbaan iLmu

BUDAYA berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat.

Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.




Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan ‘surat khabar lama’.


Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa ‘mengagung�kannya’ atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop ‘tidak laku’?



Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya?

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

“Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

“Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

“Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai,” katanya.



Persoalanya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

“Pada masa sama, mahu membuktikan mereka ‘laku’, ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang,” katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

“Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian,” kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

“Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

“Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi ‘bersih’, masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini,” katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

“Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

“Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

“Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah,” katanya.

Wednesday, December 29, 2010

KetidakPuasHatian

bkn nak sokong sesiapa..tp ini duit RAKYAT MELAKA!!!

Tak kecoh pun Melaka tak guna Proton

Selasa, 28 Disember 2010, genaplah seminggu tersiarnya laporan mengenai cadangan Kerajaan Negeri Melaka menukar kereta rasmi bagi kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)nya pada tahun depan.

Malangnya, impak penyiaran berita itu sama sekali berbeza dengan laporan serupa yang pernah tersiar di media kira-kira dua tahun lalu. Berita yang melibatkan perkara sebegitu penting bagi sebuah kerajaan hanya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang ulasan atau laporan susulan mana-mana media arus perdana.

Ia hanya muncul sekali itu dan terus menghilang dari paparan media. Bahkan, tidak mustahil jika dikatakan sebahagian besar rakyat negara ini langsung terlepas pandang akan perkara itu.

Sedangkan berita disiarkan minggu lalu itu bukan berasaskan kenyataan atau maklumat tidak rasmi dari sumber tertentu. Ia sebaliknya dipetik secara bertanggungjawab dari kenyataan dibuat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri.

Sebuah akhbar arus perdana pada 21 Disember memetik beliau sebagai berkata, kerajaan negeri pimpinannya mencadangkan penggunaan kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6 bagi kegunaan Exco, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai undang-undang dan pegawai kewangan. Ia bagi menggantikan kereta jenis Proton Perdana Eksekutif yang digunapakai kini.

Sebetulnya cadangan sedemikian bukan lah suatu yang pelik atau layak diperbesarkan. Menukar kereta baru tidak lebih suatu rutin kerajaan, terutama apabila sampai tempoh tertentu penggunaan kenderaan rasmi sedia ada.

Di atas berbagai sebab, termasuk kos penyelenggaraan, keselesaan penggunaan dan seumpamanya, keperluan menukar kepada kereta baru tidak sukar dirasionalkan. Alasan diberikan Mohd Ali juga melibatkan rasional sama.

“Sejak 10 tahun lalu kenderaan rasmi jenis Proton Perdana Eksekutif digunakan Exco, tetapi kita terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi akibat pelbagai kerosakan,” katanya.

Sebelum ini pun rakyat tidak begitu mengambil pusing tindakan mana-mana kerajaan menukar kereta rasmi, walau seberapa kerap mereka berbuat demikian atau melibatkan apa juga jenama pembuatan kenderaan terbabit.

Namun itu cerita sebelum 2008, atau lebih tepat lagi sebelum berlakunya tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan negeri Perak yang ketika itu diperintah Pakatan Rakyat (PR). Apabila langkah kerajaan negeri itu menukar kereta rasmi dimanipulasi para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan diseret secara negatif oleh media-media talibarut parti itu, maka ia seakan menjadi kes pemula kepada pertikaian rakyat terhadap tindakan sedemikian.

Dalam ertikata lain, jika tidak kerana kerakusan BN dan kegelojohan media dikuasainya memperbesarkan langkah kerajaan Perak itu, maka isu penukaran kereta rasmi kerajaan tidak sepatutnya menjadi isu.

Malangnya, agenda biasa pemerintahan yang telah sekian lama dilakukan BN sendiri itu telah dimanipulasi secara tidak bertanggungjawab. Tanpa tangguh kerajaan PR Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.

Keadaan diburukkan menerusi perlumbaan media-media talibarut BN yang sengaja menyorot dan membuat tinjauan susulan isu berkenaan secara negatif. Komen dan ulasan pelbagai pihak sengaja ditonjol dari perspektif memburukkan kerajaan PR.

Alasan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi diberikan Nizar turut dipertikaikan. Bahkan, kenyataan pihak pengurusan Proton turut dipetik semata-mata untuk menafikan produk keluarannya berisiko mengalami kerosakan agak kerap seperti didakwa.

Ia sekaligus bagai menafikan fakta perbelanjaan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan ditanggung kerajaan Perak antara 2004 hingga 2008 sepertimana dimaklumkan Nizar.

Kini, kita tertunggu-tunggu bila lagi pihak pengurusan tertinggi pengeluar kereta nasional itu akan menafikan dakwaan Mohd Ali pula. Jika benar bagai didakwa mereka ketika menyangkal kenyataan Nizar dua tahun lalu, tempoh seminggu yang telah berlalu kini sepatutnya lebih dari cukup untuk mereka tampil dengan penafian sama.

Tidak cukup setakat itu, pertikaian terhadap tindakan kerajaan PR Perak dulu turut diseret sehingga membabitkan isu patriotisme terhadap negara. Telah menjadi dasar kerajaan sejak beberapa tahun lalu untuk menjadikan kereta Proton sebagai kenderaan rasmi pembesar kerajaan.

Justeru, tindakan Perak menukarkannya dengan kereta import dianggap tidak patriotik. Pelbagai pihak tampil mengecam kerajaan negeri itu kononnya membelakangkan kereta nasional.

Malah isu itu secara tersirat semacam sengaja diseret bagi memberikan gambaran menakutkan tentang kemungkinan identiti negara tergugat sekiranya PR mengambil alih kuasa di peringkat Pusat.

Kini, sekali lagi kita tertunggu-tunggu bila lagi penilaian dan label sama dilontarkan kepada Mohd Ali dan kerajaan Melaka pula. Bukankah kereta baru pilihan mereka juga bukan model buatan tempatan?

Ke mana pula hilangnya nilai patriotisme yang kononnya amat dipertahankan para pemimpin dan penjuak BN dua tahun lalu? Ataukah dalam perkiraan mereka, asal saja sesuatu itu dibuat BN, semuanya dikira okay, walau pun dianggap amat negatif sekiranya perkara sama dibuat parti lawan.

Jika begitu halnya, dan setakat ini memang pun itulah hakikatnya, maka BN jangan salahkan orang jika dinilai sebagai bersikap dwi-piawai, hipokrit, lidah bercabang, talam dua muka dan berbagai label seumpamanya.

Sunday, December 12, 2010

Tanda Lelaki Sayang Pada Wanita

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.



Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.



Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!



Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.



Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Cinta Suci


sahabatku...
setelah engkau mengenal cinta...
tiap malam engkau selalu bercerita...
tentang indahnya senandung senja...
tak seindah persahabatan yang mulia...
gemerlipnya bintang dilangit...
tak seceria canda tawamu...
aku tahu...cintamu bukan karna wajah...
karna cinta wajah akan pindah...
cinta harta akan sirna...
cinta pangkat akan melarat...
namun cinta suci...
akan dibawa mati...

Saturday, July 24, 2010

Doa Harian - Semasa Perhimpunan

Alhamdulillah,
Segala puja & puji bagi Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah sentiasa merahmati junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
Nabi pembawa rahmat dunia & akhirat.

Ya Allah Yg Maha Pengampun,
Pada pagi ini hamba-hamba Mu yang lemah tak berdaya menahan tangan kehadrat Mu,
Ampunkan dosa kami, kedua ibubapa kami, keluarga kami,& juga semua muslimin dan muslimat yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia.

Ya Allah Yg Maha Pengasih,
Kami memohon hidah & taufik Mu serta ketaqwaan yang sempurna untuk menjalani liku-liku hidup ini.

Ya Allah Yg Maha Pelindung,
Lindungilah kami, jagakanlah keselamatan kami, jauhkanlah kami dari segala malapetaka dan bencana dalam pekerjaan kami.

Ya Allah Yg Maha Kaya,
Kami memohon kepada Mu, jadikanlah hati kami yg selalu kusyuk, perkayakan kami dengan ilmu, rezeki yang banyak, halal & berkat.

Ya Allah Yg Maha Kuasa,
Panjangkanlah umur kami, berikanlah kami kesihatan yang baik, hidupkan kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman, jauhkanlah kami daripada syirik kepada Mu Ya Allah dan lindungilah kami daripada anasir jahat manusia, syaitan dan haiwan.

Ya Allah Yg Maha Mengasihani,
Satukanlah kami, satukanlah hati-hati kami, jadikanlah kami suma warga kerja yang sentiasa bekerjasama di antara kami, warga kerja yang rajin, disiplin, produktif & proaktif.
Jadikanlah tempat kerja kami berjalan dengan sempurna, bersih, lancar dan selamat agar produk yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan oleh semua ummat manusia.

Ya Allah Yg Maha Mengetahui,
Kami memohon kesabaran dan keteguhan serta kejujuran dalam menjalankan kerja.
Dan kami meminta berlindung kepada Mu daripada sifat-sifat irihati, sombong, takbur dan pecah amanah dan kerja yang tidak bertanggungjawab.

Ya Allah Yg Maha Bijaksana,
Tunjukkanlah kepada kami, jalan yang benar agar kami dapat melaluinya dengan sinar kebenaran Mu. Begitu juga tunjukkanlah kepada kami jalan yang salah agar kami dapat menghindarkan dengan penuh kesabaran & keinsafan.

Ya Allah Yg Maha Mengasihani,
Rahmatilah kami, berikanlah kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Masukkanlah kami ke dalam syurga dan jauhkanlah kami dari siksaan api meraka..


sumber: Mostyn

Tuesday, July 20, 2010

SAHABAT SEJATI

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada
CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.

Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu
ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik
semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau
cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.
Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin
naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh
perahu.


"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" Perkataan KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Saya tak dapat membawamu serta,
nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku
ini. "Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA
tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan
perahunya.


"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", Teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu
sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA
sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", Teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Saya tak boleh
membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini. "Sahut KECANTIKAN.


CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa
kesalahanku, mengapa semua orang melupakan saya. Saat itu lewatlah KESEDIHAN.
Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Saya sedang sedih dan saya ingin
sendirian saja ...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.


CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA
terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada
Tuhannya, oh tuhan tolonglah saya, apa jadinya dunia tanpa saya, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke
perahuku! "

CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih
panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu,
tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu
menurunkan CINTA dan segera pergi lagi

Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa
orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada
seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah" WAKTU ", kata orang itu.


Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Saya tak mengenalnya.
Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku ", tanya CINTA heran.

"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah
CINTA itu ......"

Saturday, June 26, 2010

Aku Menadah Tangan Kehadrat Mu, Ya Allah...



Ya Allah,

Jika rezeki ku ada dilangit,
Turunkanlah ia ke muka bumi Mu ini agar aku dapat menikmatinya...


Jika rezeki ku ada didalam bumi,
Timbulkanlah ia ada aku dapat merasainya...


Jika rezeki ku itu berada jauh dariku,
Dekatkanlah ia agar aku menggunakannya...


Jika rezeki ku itu sudah berada dekat denganku,
Permudahkanlah aku meneruskan kehidupanku ini Ya Allah...


Perkenankanlah doa hambaMu ini Ya Allah...
Aku tidak berdaya kerana aku insan yang banyak dosa, Ya Allah...
Aku memohon pada Mu, Ya Allah..
Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani...


Amiin...

Saturday, June 19, 2010

Ayat-ayat penggoda




Teguran, persepsi pertama beri pengaruh besar pikat wanita

MAJORITI lelaki mungkin mempunyai pengalaman tersendiri setiap kali cuba memikat atau dalam bahasa pasar, ‘mengayat’ si gadis. Sesetengah lelaki memang mahir dalam menyusun kata-kata untuk memikat wanita. Namun, ada juga yang yang tidak bernasib baik, sering saja ayat pikat memikat atau pick up lines yang digunakan tidak menjadi. Lebih malang lagi, ada antara ayat memikat yang dipilih itu membuatkan wanita terus lari atau menjauhkan diri.

Dalam usaha meraih perhatian wanita, lelaki terpaksa melakukan pelbagai perkara yang boleh membuatkan si dia suka atau jatuh hati kepada mereka.


Komunikasi tentunya menjadi langkah pertama untuk lelaki memulakan perkenalan atau menyatakan isi hati mereka kepada wanita. Untuk berkenalan atau menyampaikan isi hati pula, mereka perlu memilih ayat yang sesuai supaya wanita yang disasarkan memahami mesej yang cuba disampaikan.

Kata orang, tanggapan pertama adalah persepsi yang akan kekal dalam minda seseorang. Jika anda tidak mampu meraih minat dan perhatian wanita yang anda sukai, gagal menghibur atau membuatkan mereka teruja, besar kemungkinan wanita terbabit langsung tidak berminat dengan anda.


Di sinilah manfaatnya ayat memikat yang baik. Ayat pikat yang baik selalunya dapat membuatkan seseorang wanita sekurang-kurangnya tersenyum atau ’membuka jalan’ untuk seseorang lelaki mendekati diri mereka. Ayat memikat yang baik juga sedikit sebanyak menentukan bagaimana tanggapan awal seseorang wanita terhadap lelaki yang mengungkapkannya.

Jika ayat pikat yang digunakan berunsur romantis, lelaki mungkin akan dianggap romantik atau jika tidak kena gaya, mungkin juga boleh dianggap lelaki kasanova yang sering memikat ramai wanita.

Lelaki yang pandai berkias dalam ayat memikat mereka mungkin dilihat sebagai seorang yang bijak. Manakala mereka yang menyelitkan unsur jenaka dalam ayat memikat pula lazimnya dipandang sebagai seorang yang ceria dan kelakar.

Disebabkan itu, lelaki perlu mengelak daripada menggunakan ayat memikat yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan mereka dilabel seseorang yang bosan atau menjengkelkan.

Sebelum memikat, andai ada peluang, ada baiknya jika seseorang lelaki melihat dulu perwatakan wanita yang ingin dipikat dan ayat pikat yang yang mungkin dapat menambat perhatian mereka. Selain itu, mereka juga perlu belajar untuk menyusun ayat memikat yang bermutu supaya usaha merapati wanita idaman mendatangkan kejayaan.

Ayat memikat ringkas paling kerap digunakan di serata dunia. Tidak kira apapun versi bahasanya, ia berbunyi ‘macam pernah nampak saja’ atau macam kenal saja’. Ayat ini nampaknya masih dianggap relevan dan praktikal sehingga kini. Dipercayai, pada kebanyakan masa, ia berupaya mencetuskan perbualan antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, seseorang lelaki perlu sentiasa berhati-hati dalam mengucapkan ayat memikat. Ini kerana sesetengah wanita tidak menggemari ayat sebegini, lebih-lebih lagi yang kedengaran bodoh, berlebihan atau terlampau terdesak.

Kadangkala, ayat memikat yang ringkas saja sudah memadai. Apabila ada maklum balas yang positif daripada wanita terbabit, barulah seseorang lelaki perlu memikirkan kesinambungan ayat memikat yang dapat memastikan hubungan itu berterusan.

Banyak idea ayat memikat yang boleh anda petik daripada dialog yang didapati dari filem, bahan bacaan seperti novel ataupun dari internet. Sebelum mempraktikkannya, elok juga jika anda berlatih terlebih dulu, sama ada merekod dan mendengarnya semula ataupun berlatih di depan cermin bagi menentukan ekspresi muka yang sesuai.

Namun, anda dinasihatkan untuk tidak sesekali menyentuh mengenai perkara sensitif seperti berat badan atau warna kulit dalam ayat memikat yang ingin anda gunakan, biarpun ia berunsur pujian. Maklum saja, ramai wanita yang sukar diduga tahap sensitiviti mereka. Kadangkala, pujian pun boleh disalah anggap sebagai kata memerli, justeru lebih selamat jika ia tidak digunakan dalam ayat memikat anda.

Paling penting, seseorang lelaki perlu tampil yakin ketika mengungkapkan ayat memikat kepada wanita dan pastikan ia kedengaran semula jadi. Tidak semua wanita mudah diambil perhatiannya melalui ayat memikat semata-mata. Kalaupun ayat memikat anda tidak berkesan, mungkin keyakinan yang ada pada diri anda itu sebenarnya yang dapat memikat hati si dia.


Contoh Ayat Memikat:

1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.

2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.

3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.

4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,

5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.

6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?

7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.

8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.

9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...

10)
Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu.


Sunday, June 13, 2010

Qunut Nazilah - utk mengelakkan kecelakaan...



Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Gangguan sistem pencernaan



Penyakit berkaitan penghadaman seperti pedih ulu hati, radang dan barah usus antara penyebab utama kematian di hospital

ANDA boleh selesai mengunyah sekeping roti dalam masa kurang dua minit. Bagaimanapun tubuh mengambil masa yang lebih lama untuk mencernakan makanan yang anda makanan. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa tubuh mengambil masa lebih 18 jam untuk membuang sisa makanan selepas anda menikmati hidangan tengahari.

Kenyataan ini jelas menunjukkan sistem pencernaan atau penghadaman ini satu sistem yang rumit. Ia juga terdedah kepada pelbagai gangguan disebabkan penyakit, diet dan tekanan emosi.

Antara masalah pencernaan yang paling biasa ditemui ialah pedih ulu hati, radang usus dan hari ini, kian ramai rakyat Malaysia diserang barah usus. Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, Dr Tan Huck Joo, berkata pada 2006 dan 2007, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan berada di tangga ke tujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan.

Bagaimanapun pada 2008, walaupun masih berada di tangga tujuh penyebab utama pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan, namun ia menduduki tangga keenam punca utama kematian di hospital kerajaan.

“Barah gastrointestinal juga sangat signifikan di Malaysia. Barah usus adalah barah kedua tertinggi di Malaysia, merangkumi 11.9 peratus daripada semua kes barah yang dilaporkan. Ia paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan menduduki tangga ke tiga sebagai barah pembunuh di kalangan wanita,” katanya.

Di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 940,000 barah kolon dilaporkan setiap tahun dengan 500,000 daripadanya berakhir dengan kematian.
Masalah pada sistem pencernaan bukan satu tetapi ada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Antaranya;


Masalah refluks

Masalah refluks gastroesofageal (GERD) dialami apabila salur makanan (esofagus) bahagian bawah (injap antara salur makanan dan perut) tidak tertutup dengan kemas. Ini menyebabkan kandungan asid perut mengalir kembali ke esofagus. Simptom paling umum masalah ini ialah pedih ulu hati diikuti dengan batuk, suara serak, sendawa dan rasa masam di mulut.

GERD adalah masalah yang kronik dan dideritai sepanjang hayat jika tidak dirawat. Jika berlaku kecederaan pada lapisan esofagus, ia juga tanda masalah yang kronik. Apatah lagi kecederaan itu boleh berulang apabila rawatan dihentikan.

GERD boleh ditangani dengan perubahan gaya hidup. Mulakan dengan menjauhi makanan yang boleh memburukkan lagi masalah anda misalnya coklat, pudina, alkohol dan minuman berkafein. Jauhi juga makanan berlemak dan berhentilah merokok. Jika perubahan gaya hidup tidak membantu, GERD boleh ditangani dengan pembedahan.


Sindrom usus terganggu atau radang usus (IBS)

IBS adalah sejenis gangguan pada usus besar yang menyebabkan sakit perut, kekejangan atau kembung selain cirit birit dan sembelit. Ia gangguan umum dan ramai rakyat Malaysia mengalaminya setiap hari.



Punca utama IBS terjadi tidak diketahui. Bagaimanapun dipercayai saraf dan otot di usus yang terlalu sensitif menyebabkan ia tidak berfungsi seperti sepatutnya. Otot itu mungkin mengecut dengan banyak apabila kita makan menyebabkan berlaku kekejangan dan cirit birit.

Masalah ini juga mungkin berkait dengan faktor persekitaran dan genetik. Merawat IBS memerlukan anda berbincang dengan doktor. Ini disebabkan rawatan diberi berdasarkan gejala, darjah kronik masalah yang anda alami dan bagaimana IBS mempengaruhi kehidupan harian anda.

Perubahan diet dan gaya hidup antara kaedah rawatan tetapi ada juga mereka yang perlu mengambil ubat-ubatan. IBS dialami kira-kira 430,000 rakyat Malaysia. Di seluruh dunia pula kadarnya adalah seorang dalam setiap 10 orang.


Ulser peptik

Ulser peptik ialah masalah pada liang kecil yang menembusi lapisan perut/duodenum. Gejalanya seperti rasa sakit seakan panas membara di kawasan antara pusat dan tulang dada, hilang selera makan, muntah darah dan najis berwarna hitam.

Satu punca masalah ini adalah penggunaan ubat antiradang bukan steroid seperti aspirin dan ibuprofen. Jangkitan bakteria helicobacter pylori juga antara punca ia terjadi.


Barah usus

Boleh menyerang tanpa simptom awal. Justeru pemeriksaan berkala sangat digalakkan. Sesiapa saja boleh diserang barah usus terutama apabila usia meningkat. Ia paling banyak dikesan pada mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Walaupun punca sebenarnya tidak diketahui tetapi faktor usia, jantina, sejarah keluarga memainkan peranan penting. Selain itu diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah serat, merokok dan gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko diserang barah usus.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan barah usus dan barah rektum (atau disebut juga sebagai barah kolorektal) sebagai punca kematian ke 20 paling utama di dunia pada 2004.


source: Berita Harian

Thursday, June 10, 2010

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...



12: Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11: Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.


10: Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9: Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8: Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6: Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5: Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.


4: Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3: Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2: Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1: Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

Wednesday, June 9, 2010

Cinta Agung




...Adalah Ketika Kamu Menitiskan Air Mata
&
Masih Peduli Terhadapnya...

...Adakah Ketika Dia Tidak Mempedulikan Kamu
&
Kamu Masih Menantinya Dengan Setia...

...Adakah Ketika Dia Mulai Menyintai Orang Lain
&
Kamu Masih Mampu Tersenyum Sambil Berkata,
"Kalau Kau Bahagia, Aku Turut Berbahagia"...
(^o^)

Friday, June 4, 2010

Hari Bahagia: Pertunangan...Bahagian 1

Apa guna bertanam betik,
Kalau tidak enak manisnya,
Apa guna berwajah cantik,
Kalau tidak dengan akhlaknya.

Menahan ikan di tepi kuala,
Indah kuala jadi igauan;
Bersimpuh sopan berbudi bahasa,
Islam jua menjadi pegangan.

Ikan dilaut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua;
Hati terpaut janji diikat.
Atas pelamin bertemu jua.


Cuti sekolah ni, mmg ramai yg akan mengadakan kenduri. Tak kira la kenduri ape sekali pun. Cuma sekarang ni aku ingin meng'highlight'kan tentang kenduri pertunangan...

Majlis pertunangan dikala ini menjadi trend yg dimestikan apabila seorang lelaki ingin mengahwini seorang gadis atau wanita. Bg aku, pertunangan ini bertujuan utk mengecop si gadis itu daripada digangu oleh teruna yg lain. Lelaki kebiasaannya akan memilih wanita yang cantik walaupun lidahnya menuturkan keinginan mendapatkan isteri yang solehah. Solehah seorang wanita sering kali tewas bila wajah tidak semanis budi. Itu hakikatnya nafsu lelaki. Walau apapun, tergerak juga hati anda rasa sudah sampai untuk melabuhkan tirai bujang, sebetulnya anda berhak perolehi satu pujian selepas melihat kondisi dan beberapa faktor yang memungkin anda berbuat sedemikian.



Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi” (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)


DEFINISI PERTUNANGAN

Pertunangan, Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khayalak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan:

“Kami sudah bertunang”

Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri.

Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai.

Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan.

Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bersalahan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam.

Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya.

Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji mahu hidup bersama. Kononya, kata orang-orang dulu mahu hidup semati.

Friday, May 28, 2010

Ingatan bagi pelupa: Ganjaran besar kumandang azan, solat jemaah saf pertama



AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika manusia mengetahui betapa besarnya pahala mengumandangkan azan dan duduk di saf pertama, pasti mereka tidak akan mampu mendapatkannya melainkan dengan cara mengundi, tentu mereka akan melakukan undian.



Sekiranya mereka mengetahui betapa besarnya pahala orang yang datang lebih awal untuk mengerjakan solat berjemaah, pasti mereka akan berlumba-lumba untuk menunaikannya. Jika mereka tahu betapa besarnya pahala solat Isyak berjemaah, pasti mereka akan melaksanakannya, walaupun sambil merangkak.”






Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika dikumandangkan azan, syaitan akan melarikan diri mereka sambil terkentut-kentut sehingga tidak mendengar lagi suara azan. Ketika azan selesai dikumandangkan, dia datang lagi hingga iqamat dikumandangkan. Ketika iqamat dikumandangkan, dia melarikan diri lagi. Ketika iqamat selesai, dia datang lagi untuk menggoda seseorang hendak mengerjakan solat dengan membisik ke dalam hatinya: Ingatlah ini dan itu, iaitu sesuatu yang tidak diingat sebelum solat, sehingga orang itu tidak ingat lagi sudah berapa rakaat dikerjakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam...tp hujung minggu, hilang entah ke mana...

Setelah sekian lama menyepi, kini aku berpeluang utk menaip di blog ku ini. Bnyk yg aku hadapi sepanjang aku telah berpindah ke Sabah ni. Aku belajar bnyk perkara terutamanya ttg pergaulan, insan2 yg disekeliling aku, & yg paling penting adalah persekitaran kerja.

Disini aku bertemu pelbagai jenis manusia yg bergelar insan. Mereka pada zahirnya baik tetapi mempunyai niat yg xbaik pada aku. Aku bkn nak memperburukkan mereka, cuma ingin berkongsi penaglaman agar menjadi panduan pembaca.

Islam...tp hujung minggu, hilang entah ke mana. Ada pernah skali aku ikut mereka ke bandar. Katanya mahu 'release tension'. Pada mulanya aku tidak mengesaki apa2 yg tidak baik sbb aku pandang mukanya bersih & selalu ajak aku solat berjemaah. Pada petang itu, setelah pulang kerja, dia dtg ke rumah utk menjemput aku. Dlm perjalanan ke bandar, dia memberitahu yg mahu pulang pd waktu subuh. Aku menjawab ok shj sbb cara percakapannya itu mcm bergurau. Dlm kereta, kami berborak ttg hal2 peribadi. Tidak mahu berbicara ttg kerja sbb objektif utama adalah utk 'release tension'.

Setelah sampai di bandar, kami berjalan2 melihat bandar yg pada mereka spt 'syurga'. Jam telah menunjukkan jam 615pm. Ketika ini waktu maghrib telah pun masuk. Aku mengajak si dia utk solat. Dia kata mahu ke tandas yg berhampiran tempat letak keretanya td. Jd aku ke masjid yg brhampiran brseorangan. setelah selesai solat, kelibatnya masih tidak kelihatan. Kemudian aku terfikir, knp dia tidak mahu ke tandas di masjid? Di situ telah timbul satu persoalan yg bermain difikiran aku. Aku menunggu di luar masjid. Tiba2 ada org menegur. Terperanjat jgk aku sbb dia bkn dr dlm masjid, tp dari arah tempat letak keretanya td.

Aku igtkan dia mahu masuk utk solat, tp sebaliknya. Dia mengajak aku ke kedai kasut kerana seliparnya telah putus. Dlm fikiran aku, dia ni tidak solat ke? Aku ingin bertanya tp mulut aku seperti dikunci. Aku biarkan sahaja sbb aku tau mereka ni 'bertopeng'. Mereka berkali2 engajak aku ke tempat karaoke. Tp aku beranggapan mereka ni nak ke tempat yg lain. Senang kata disko la.

Aku mencari idea utk mengelakkan mereka dari tertumpu dgn cadangan mereka tu. Aku umpan mereka utk mengajak mereka mkn ikan bakar. Mereka memilih tempat. Mula2 sampai, aku rasa mcm janggal je sbb mcm tiada suasana tempat ikan bakar. Setelah bertnya kpd pelayan, mereka ada menyediakan menu ikan bakar. Setelah memesan, kami berborak2. Ketika berborak tu, sempat lg meraka mengajak utk ke tempat yg karaoke. Aduh..mcm mane nak elak ni. Aku layankan sj ape yg mereka bualkan. Ketika sedang mkn, tiba2 ada DJ memutarkan lagu & aku diberitahu, ini tempat utk berkaraoke. Idea dtg dgn tiba2. Aku push la mereka ni utk karaoke. Mereka ni bertolak2 malu utk menyanyi. Lama jgk nak mntk mereka ni bgn & pergi memilih lagu. Akhirnya mereka memilih juga lagu. Tp gilirannya sgt jauh. Dlm 20 lebih. Aku rela tggu drpd mereka ajak aku ke tempat2 yg bkn2.

Akhirnya mereka menyerah diri kerana tidak sanggup menunggu. Dlm hati aku, dah masa utk balik ni. Ketika perjalanan ke kereta, sempat lagi mereka mengajak ke karaoke. Aku merungut la sbb td kata nak balik tp ni skrng nak ke tmpat karaoke. Dgn menggunakan kuasa yg aku ada, aku meminta mereka utk pulang. Mereka mcm frust jgk sbb aku nak pulang. Bg aku, aku bkn org yg mcm mereka ni. Brhibur ada tempatnya. Tp tempat yg mereka cadangkan bercanggah dgn cara aku.

Selepas dari itu, aku berhati2 apabila mereka mengajak aku ke bandar. Aku serik & kalo boleh aku ingin memperbetulkan meraka ni. tp aku tidak mampu. Aku cuma mampu berdoa agar mereka ini ditunjukkan Allah s.w.t jln yg benar. Bkn sekadar Islam di hari kerja, tp hujung minggu, hilang entah ke mana. Aku berharap kehidupan mereka berlandaskan Islam sampai bila2. INSYALLAH..

Monday, January 25, 2010

Rumput & Kasih Sayang

Rumput & Kasih Sayang
*Play the song before read this article.

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Murid: “Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?”

Cikgu: “Oh kamu ikut apa yang saya suruh ni ya. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput dihadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas”.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Cikgu: “Kenapa tiada rumput yang dipilih?”

Murid: “Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memamg ada yang paling cantik tapi cikgu kata pilih yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg saya petik”.

Cikgu: “Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah bertemu atau berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada dihadapan kita sebaik – baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku itu tidak berulang kembali. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak diikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi”.


Friday, January 22, 2010

vivar thesis - genap setahun

hari ni genap setahun vivar aku. kpd sape yg xtau vivar tu ape, vivar adalah presentation trhadap ape yg kita dah wat. means research yg kita dah wat tu, kite present pd penilai.

hari genap la vivar aku. vivar aku adalah brkaitan ttg proses yg org x buat. tajuk 'ANAEROBIC CO-DIGESTION BY USING VEGETABLES WASTE AND DOMESTIC SLUDGE. proses ni adalah utk melihat atau memerhati kehadiran biogas yg brtindakbalas diantara lebihan sayuran dan enapcemar trsebut.

projek thesis ni memakan masa hampir 2 semester. kajian ni boleh habis dlm masa 1 semester tetapi ada masalah yg dihadapi spt kongsi peralatan, bahan x cukup, dan bnyk lg. proses ni x la sesusah mane sbb dah hari2 buat. tp pd mula2 tu, pyh gak la. special thanks to my friends - Muhammad Zaidy Bin Abu Tamin & Rozilawati @ ellen. dorg ni la yg bnyk ajar aku mcm mane nak guna equipment, cara proses, cara tulis result & bnyk la. smpai aku leh wat sndri. thanks korg. aku hargainye smpai bila2 tau.

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru..1/1/10

tahun baru, azam baru, cita2 baru...senang ckp, sume baru la..bg aku, plan azam tu mmg senang, tp xtau la dpt capai ke x..emm azam aku ni bnyk yg xtrcapai pd tahun 2009. tp mula2 ni, aku nak cite yg trcapai dlu...


mula2 aku target utk tamatkan pengajian-trcapai-tahniah utk diri aku. pastu nak dpt keje (asalk keje)-tcapai gak & keje lak kat Sime Darby. aku bangga sbb wpun result kat U dlu x berapa nak best, tp aku dpt keje yg agak stabil kat sni.alhamdulillah. ada gak rakan2 aku yg dlu nye mcm bagus sgt, tp aku dgr dia jd ape ntah.aku xtau la nak ckp..utk sape2 yg baca ni, aku doakan agar korg brjaya. Allah permudahkn perjalanan hidup aku. pastu nak wat mama aku bangga trhadap aku-tercapai..huhuhu


yg xtrcapai..simpan utk tahun ni....

latihan praktikal di KKS Labu

setelah 2 bulan aku berada dlm MT (Management Training), sok aku akan dihantar membuat praktikal dia KKS Labu. praktikal ni nnt akan menilai semua aspek yg ada dlm & luar diri aku ni. ye la..aku ni dlu basic nye lain, tiba bab keje, dpt plak yg lain. tp aku brsyukur sbb Allah mmberi aku peluang & mmberi jalan yg mudah bg aku meniti kehidupan yg penuh liku ni. ada jgk rakan2 aku yg lom dpt keje. tp Alhamdulillah, sblom majlis konvokesyen dlu, aku dah dpt keje. syukur yg amat...ehh dah lari tajuk la plak.


aku tepon la ofis mill ni. bnyk kali gak aku tepon tp xde org angkat. geram tahap gaban dah ni. ckit lg tukar jd gaban.hahaha..pas dah xdpt nak call, aku mntk tlg partner aku ni. dia dpt no tepon AM (Assisstant Mill). aku trkejut pd mulanye sbb yg brcakap dgn aku tu PEREMPUAN!!! AM PEREMPUAN?? wow..impress aku..xtau la plak ada AM perempuan...setelah mmperkenlkn diri, au ckp la tujuan ku tepon. iaitu utk confirmation. so dia kata ok & dia bgtau awal2 yg pihak mill xsediakan penginapan. terkejut wat kali ke 2 aku ni. mane x nye, perseption aku, spttnye pihak mill akan sediakan rumah utk staff.tp KKS Labu, xde plak. adui.. tp aka tu ckp, aku kna dtg dlu & bincang mcm mane nak solve. so, aku kna la g sok pg2.. ape la nasibku ini.ini dah la 1st attachment aku, dpt lak cabaran mcm ni..aku msti kuat!!huhuhu(poyo giler)...


masa aku tgh typing ni, ada sorg sahabat aku (farah syahidah, ala anak ckgu Zubir ngn ckgu Zakiah tue) yg bljr kat India, tepon..tibe2 lak tu tepon. xpernah2 tepon aku, ni 1st time tepon..msti ada ape2 ni..diringkaskn cerita, dia ckp yg dia nak nikah bln 2 ni..alhamdulillah..bakal suami dia tu, org kelantan & sama2 bljr dgn dia..emm dr pemerhatian aku, bdk2 yg bljr kat oversea ni, kbnykknye sume kawen awal..bgs la kalo dah jodoh tu dipertemukan cpt. aku doakan dia smoga kekal kebahagiaan & sabar dlm mghadapi dugaan dlm hidup berumah tgga..amiin..